DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH
Siapa sangka bermula kareer sebagai seorang penyanyi kini menjadi seorang pengusaha bas ekpress bumiputera yang berjaya. Datuk Wan Mohammad Sani telah mendapat pelbagai pengiktirafan diantaranya dinobat oleh Persatuan Pedagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) sebagai Tokoh Usahawan Muda pada tahun 2011 antara kenangan manis buat beliau.
Sejarah penglibatan didalam dunia perniagaan bermula dengan impian beliau sejak zaman remaja mahu menjadi seorang ahli perniagaan. Tercetus idea untuk memiliki rangkaian bas express selepas kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Beliau berani menyahut cabaran dengan menunjukkan kesungguhan dan kecekalan mengharungi cabaran didalam bidang yang mempunyai saingan sengit dan berisiko cukup tinggi.
Antara pencapaian Sani Ekspress hingga kini yang sangat membanggakan :
Sani Express yang ditubuhkan pada 9 Januari 2007 beroperasi dengan 7 buah bas single deck untuk laluan Kuala Terengganu, 6 buah bas single deck untuk laluan Kota Bharu dan 2 bas single deck untuk luan Kuantan. Kesungguhan mengembangkan empayar rangkaian bas dengan pemilikan 15 buah bas double decker pada tahun 2008 yang mengunakan enjin dan kerangka Scania mempunyai ciri keselamatan lebih baik bagi mengantikan bas single decker seiring dengan peningkatan jumlah penumpang.
Semasa membangunkan Sani Express ke tahap sehingga hari beliau tidak lari diuji dengan cabaran. Walau bagaimana pun Sani Express yang sinonim warna merah putih komited didalam memberikan perkhidmatan bas express ‘as prefered choice’ telah menambah laluan-luan baru ke utara tanah air meliputi Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar, Jitra, Changloon, Kangar dan Kuala Perlis .
Selain itu, Sani Express kini sudah mula merintis laluan baru ke Selatan tanah air. Ini adalah kerana permintaan tinggi dan maklum balas positif dari pelanggan Sani Express yang berpuas hati dan selamat mengunakan perkhidmatan Sani Express yang dilengkapi sistem Global Positioning System(GPS) dan DAX yang mampu memantau dan merekod data kelajuaan pemanduan serta sistem amaran jika pemandu memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Selaras dengan moto Sani Express iaitu ‘Keselamatan, Keselesaan Adalah Keutamaan Kami’ menjadi pengangan. Dengan pembukaan Kompleks Terminal Sani United Sani United di Klang Sentral yang mempunyai 7 platform dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.
Sani Express telah mendapat penarafan 4 bintang oleh Malaysia Institute Of Road Safety Research(MIROS) untuk ‘Safety Star Grading For Bus Operator’.
Apabila dilihat kembali, pencapaian pendidikan yang diperolehi hanyalah di peringkat diploma. Namun, usaha gigih beliau membuktikan bahawa dimana ada usaha disitu ada kejayaan. Sehingga hari ini, pencapaian yang disenaraikan cukup membanggakan dan ia memberikan inpirasi kepada saya untuk berjaya pada masa akan datang didalam bidang yang diceburi. Memberikan perkhidmatan diluar jangkaan kepada pelanggan dan terbaik salah satu resipi kejayaan untuk menjadi pernigaan yang diusahakan menjadi ‘Preffered Choice’ dan sentiasa diingati oleh pelanggan.
Artikel
berkaitan Usahawan
DATUK DR. MAZNAH BIN HAMID

Bermula daripada
sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan, ia telah
berkembang kepada perkhidmatan kargo,pengangkutan kargo,pembekalan sistem
CCTV,central monitoring,sistem kawalan kebakaran dan pelbagai peralatan
elektronik.
Siapakah tulang
belakang yang mengerakkan syarikat ini dengan jayanya? Mungkin ramai yang fikir
tunjang utama syarikat ini adalah lelaki. Tetapi hakikatnya beliau adalah Datuk
Maznah Hamid. Usahawan wanita bumiputra yang terkenal dengan gelaran
"wanita waja" atau "iron lady". Kejayaan beliau tidak perlu
disangkal lagi kerana berjaya merangkul beberapa anugerah didalam negara
seperti Anugerah Tokoh Usahawan - Dewan perniagaan Melayu Kedah, Anugerah
Wanita kehormat- Universiti Putra Malaysia dan pelbagai lagi.
Sedikit sejarah hidup
Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah
pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya
bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada
tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun
padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill
collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.
Disinilah sebenarnya beliau
dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan
dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan
syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan
kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Kejayaan beliau
memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan
perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar
dalam perniagaan adalah diri kita sendiri.Beliau sangat komited dalam mendidik
masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah
MOtivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat
dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.
Secara
keseluruhannya, setiap individu yang ingin menceburi bidang perniagaan pastinya
mempunyai idola sendiri. Misalnya ingi mengikut langkah-langkah kejayaan
beliau. Bagi saya sendiri, walaupun bergelar seorang wanita yang mungkin
selalunya dipadangdang rendah namun jika ada usaha pastinya ada kejayaan. Bak kata
orang ‘ We are what we are ’ .
HAJAH FAIZIAH BAYUMI SAYED AHMAD
Faiza Bayumi Sayed ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya. Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.
Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
Syarikat beliau kini telah dikenali kerana produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.
Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.
TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau bergelar jutawan pada usia 30 tahun dan membeli kediaman mewah di Kenny Hills di Bukit Tunku. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha
beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang
antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya
mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi
Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan
pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan
Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh
yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus
ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah
berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30
tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60
peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai
pemegang saham yang terbesar.
Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya
mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan
pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas dibahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat
syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan
akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia
merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk
membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
Antara pencapaian beliau yang mengagumkan ialah beliau pernah mempunyai
kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining
Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad,
Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak
lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek
landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan
oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.
Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Pada pendapat saya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak dan wajarlah beliau dikenali sebagai antara tokoh yang sangat berjaya dan senantiasa disebut-sebut di Malaysia.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_14.htm


No comments:
Post a Comment